Tuesday, October 29, 2013

145 PESERTA SUDAH DAFTAR 1O NOVEMBER INI...

Setakat ini pada 29 Oktober 2013 , jam 1.40 pm, seramai 145 peserta sudah daftar nama untuk sertai Kejohanan Catur Rekreasi Alam Sekitar FRIM 2013 pada 10 November ini (Ahad).

Bawah 12 Tahun – 49 peserta setakat ini (had ialah 50 peserta)

Bawah 17 Tahun – 50 peserta (had ialah 50 peserta)

Terbuka – 46 peserta (had ialah 100 peserta)

Sekiranya ada peserta yang ingin daftar lagi bagi kategori bawah 12 tahun dan bawah 17 tahun, mereka akan diletakkan dalam senarai waiting list kategori masing-masing sementara menunggu peserta yang sudah bagi nama buat bayaran atau tidak buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 6 November ini..Peserta yang tidak buat bayaran yuran selewatnya 6 November ini, akan dikeluarkan nama mereka dan digantikan oleh peserta dalam senarai waiting list.

Bagi kategori terbuka pula, masih ada lagi 55 kekosongan tempat..100 tempat disediakan bagi kategori terbuka…yuran penyertaan bagi kategori ini ialah sebanyak RM30. Sekiranya ada peserta bawah 17 tahun dan bawah 12 tahun yang ingin menjamin tempat sertai aktiviti ini pada 10 November tanpa berada dalam senarai waiting list, anda boleh daftar kategori terbuka dan buat bayaran awal iaitu selewatnya 6 November ini. Peserta yang sudah bagi nama dan belum buat bayaran yuran penyertaan, sila buat bayaran awal untuk memudahkan kami membuat pairing awal sebelum hari pertandingan..Peserta yang sudah daftar nama bagi kategori terbuka dan belum buat bayaran awal, sila buatnya sebelum 7 November dan sekiranya belum membuatnya selepas 6 November, nama anda akan digantikan dengan peserta dalam senarai waiting list kategori terbuka sekiranya ada..

Sila SEMAK nama ANDA dan butirannya adalah betul dengan klik DOWNLOAD untuk dapatkan senarai nama 145 peserta tersebut..

 

Tuesday, October 15, 2013

Friday, October 4, 2013

SENARAI HOTEL BERDEKATAN FRIM

Berikut ialah senarai hotel yang berdekatan dengan FRIM yang ANDA boleh menginap sekiranya datang dari jauh iaitu luar dari Kuala Lumpur dan Selangor.


Thursday, October 3, 2013

KEJOHANAN CATUR REKREASI ALAM SEKITAR FRIM 2013

Probably The Biggest Chess Event for MALAYSIAN CITIZEN in Terms of Cash + Other Prizes for this year..And 1st time in the world recreational chess in the tropical rainforest. Let us be part of it.

Kejohanan ini terhad kepada 200 peserta sahaja iaitu 50 peserta terawal daftar bawah 12 tahun, 50 peserta terawal daftar bawah 17 tahun dan 100 peserta terawal daftar kategori terbuka.Cara daftar, sila rujuk maklumat di borang yang dimuatkan di bawah. Juara kategori terbuka akan membawa pulang RM 1 ribu ..wow ! wow ! 

Untuk muat turun flayer kejohanan, sila klik DOWNLOAD

Maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, sila layari www.caturfrim.blogspot.com . Daftar secara ONLINE boleh mula dibuat di laman blog catur tersebut mulai isnin depan. Anda boleh juga isikan maklumat butiran lengkap ANDA seperti dalam borang penyertaan dan emel kepada cerdikcatur@yahoo.com.